Showing posts with label PETUA TRADISIONAL. Show all posts
Showing posts with label PETUA TRADISIONAL. Show all posts

Monday, 23 April 2012

KULIT WAJAH LEBIH LICIN

Kulit muka yang tegang dan cantik sememangnya menjadi idaman kebanyakan wanita.
Untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih licin tanpa memerlukan modal yang besar, anda hanya perlu menggunakan putih telur yang sejuk. Sapukan seperti masker pada kulit muka dan biarkan selama setengah jam.
Kemudian bilas dengan air bersih. Anda akan dapat merasai kesannya..

selamat mencuba..

Sunday, 22 April 2012

PETUA UNTUK RAMBUT SIHAT.

Terdapat pelbagai kaedah rawatan moden yang ada sekarang boleh dilakukan oleh wanita untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat. Namun masih ada amalan tradisional yang masih boleh dilakukan dan ternyata memberikan hasil yang baik.
Ambil setengah biji kelapa parut dan perahkan setengah biji limau nipis. Lumurkan pada rambut yang basah dan bilas dengan air sehingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan bertambah sihat dan cantik.

selamat mencuba.

ATASI RASA GATAL DI WAJAH.

Alahan pada  makanan boleh menyebabkan rasa gatal pada wajah dan membuatkan kita tidak selesa.
Bagi mengurangkannya, basuh muka dengan pembersih wajah. Kemudian,ambil air beras yang pertama dan jirus ke wajah. lakukan dua kali sehari tanpa bilas. Bukan sahaja menghilangkan rasa gatal, malahan turut mencerahkan kulit wajah.

selamat mencuba.