Monday 23 April 2012

KULIT WAJAH LEBIH LICIN

Kulit muka yang tegang dan cantik sememangnya menjadi idaman kebanyakan wanita.
Untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih licin tanpa memerlukan modal yang besar, anda hanya perlu menggunakan putih telur yang sejuk. Sapukan seperti masker pada kulit muka dan biarkan selama setengah jam.
Kemudian bilas dengan air bersih. Anda akan dapat merasai kesannya..

selamat mencuba..

Sunday 22 April 2012

PANDUAN PEMAKANAN UNTUK IBU HAMIL

Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi membantu mengatasi masalah anemia.

SUSU DAN PRODUK TENUSU :
1 gelas susu (200ml) atau,
1 cawan dadih/yogurt atau,
4 sudu makan susu tepung atau,
1 keping keju.

SAYUR DAN BUAH-BUAHAN :

Buah :
1/2 biji jambu sederhana besar atau,
1 potong betik, nanas, tembikai atau,
1 cawan jus buah.

Sayur :
1 cawan sayur berdaun hijau (ulam-ulaman) atau,
1/2 cawan sayur berdaun hijau dimasak atau,
1/2 cawan sayur berbuah/berakar.

IKAN,  AYAM , DAGING DAN KEKACANG :
1 ketul kepak ayam atau,
1 ekor ikan kembung sederhana atau,
2 ketul daging tanpa lemak ( saiz kotak mancis) atau,
1 ketul hati ayam ( 2 lobus) atau,
20 biji kerang atau,
2 ekor sotong saiz sederhana atau,
5 sudu makan ikan bilis atau,
2 keping taukua keras/tempe atau,
2 biji telur saiz kecil atau,
1 cawan kekacang kering.


p/s : sila dapatkan nasihat pakar pemakanan untuk hasil yang terbaik.



PETUA UNTUK RAMBUT SIHAT.

Terdapat pelbagai kaedah rawatan moden yang ada sekarang boleh dilakukan oleh wanita untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat. Namun masih ada amalan tradisional yang masih boleh dilakukan dan ternyata memberikan hasil yang baik.
Ambil setengah biji kelapa parut dan perahkan setengah biji limau nipis. Lumurkan pada rambut yang basah dan bilas dengan air sehingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan bertambah sihat dan cantik.

selamat mencuba.

ATASI RASA GATAL DI WAJAH.

Alahan pada  makanan boleh menyebabkan rasa gatal pada wajah dan membuatkan kita tidak selesa.
Bagi mengurangkannya, basuh muka dengan pembersih wajah. Kemudian,ambil air beras yang pertama dan jirus ke wajah. lakukan dua kali sehari tanpa bilas. Bukan sahaja menghilangkan rasa gatal, malahan turut mencerahkan kulit wajah.

selamat mencuba.

Saturday 21 April 2012

Semua untukmu.

salam sejahtera..

Blog untuk mu-semuanya dihasilkan untuk berkongsi segala ilmu yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsi bersama pembaca di blog ini..

semoga semuanya bermanfaat.